Sebelum peristiwa di kafe itu, pada hari Khamis seperti amnya aku mengikuti kelas Fizik. Pensyarahku menimbulkan persoalan mengenai umat Islam seperti biasa dan menyoal kepada sekalian pelajarnya termasuk aku, adakah lemah ummah islam pada hari ini berbanding pihak Barat lalu rata-rata termasuk aku mengaku. Beliau mengkritik jawapan itu dan mengatakan kalau itulah jawapan kami maka kami membenarkan apa yang disebut-sebut oleh Barat, sepatutnya seseorang muslim mesti menidakkan hal ini dan merasakan 'izzah terhadap golongan kafir. Tetapi atas dasar keda'ifan iman, kurangnya ma'rifah dan ilmu mudah saja ia berasa rendah. Islamlah yang meninggikan martabat lalu apabila Islam itu tidak ditegakkan sesempurnanya maka jatuhlah martabat seseorang itu.
Sejujurnya malam itu saja aku lalai sudah akan persoalan ini yang menuntut perubahan dalam diri. Namun, hal ini berubah apabila aku hadir dalam latihan Asad al-Atlas (harfiahnya bermaksud singa Atlas, sebuah gunung di Magribi), suatu pertubuhan seni beladiri yang bisa dikatakan campuran seni-seni pertahanan diri sedia ada namun dalam acuan tersendiri. Pengasasnya yang juga tenaga pengajar Master Elidrissi Aboujaafar Sidi Mohamed Elmontassir menyampaikan sedikit pedoman yang patut direnung sepenuhnya (sesi latihan belum lagi dimulakan, ini baru pertemuan pertama). Beliau bercerita ummah islam hari ini sepatutnya menjadi yang pertama dalam segalanya. Beliau mengambil contoh dalam temasya Olimpik, pingat-pingat dibolot oleh golongan bukan Islam manakala negara islam cuma meraih sedikit daripada itu. Turut dijadikan mithal Malaysia tetapi dalam hati aku bermonolog, "Itupun seorang bukan muslim yang merangkulnya.
Beliau bercerita, Nabi s.a.w. dalam sabdanya menyuruh kita agar mendidik anak-anak memanah, menunggang kuda dan berenang (ketiga-tiga hal ini aku tak bisa melakukannya). Beliau berkata al-Qur'an dan hadith Nabi, setiap satunya mesti dijadikan panduan sehingga hari qiamah dan tiada langsung tarikh luput sebelum itu. Beliau meluahkan rasa kesal melihat muslimin tampak jahil dalam ilmu pengetahuan. Selain itu beliau berkata, ketika jam 6 pagi, wanita-wanita tua Cina bersenam (tai chi) dalam pada muslimin melayan kantuk di ranjang. Para sahabat kurang makan tetapi sering berlatih menggunakan senjata, bersenam. Sebaliknya kita terlebih makan dan kurang melakukan senaman. Dalam bulan Ramadan mereka tetap berperang, jadi tiada alasan buat membatalkan latihan ketika bulan puasa yang mendatang(selepas 'Id al-Fitri in sha' Allah ada latihan 10 km dalam 25 minit dan tentulah aku takkan sepantas itu, mungkin berjam-jam baru tamat dan ada juga timbul rasa yang aku mungkin takkan rampung berlari, wallahu a'lam). Hal lain yang turut dibicarakan adalah supaya para ahli saling mengenali agar lebih lancar urusan dalam persatuan.
Ringkasnya dalam keadaan ummah sekarang yang lemah kita perlu tampil membina kekuatan, la hawla wala quwwata illa billah. Semoga Allah memberikan kita semua kekuatan, rahmah dan keampunan. Wallahu a'lamu bis-sawab.
3 ulasan:
tampak semakin maju hehehe aku perlu byk membuat rujukan kerana aku tidak sespontanmu hahaha bukan sePONDAN
Ja, aku rase ko lg pondan dr mamat ni..hahaha..nyway Lebaijawi..baru la nampak cket idea ko bile baca post cenggini..haha..aku x pandai nak menghadam puisi2 ko...
Assalamualaikum Sdr
Nampaknya sdr sendat dengan idea yg perlu diucapkan melalui esei/puisi.Andainya sdr gigih membaca dan menulis dan berupaya menulis terus, percaylah sdr akan menjadi artikulator budaya bangsa.
Teruskan tanpa jemu--menulis itu kadang-kadang pedih, tetapi selalu sangat memuaskan kerana ada sesuatu yang baik hendak dikongsikan. Tahniah
Catat Ulasan