menjunjung suatu maksud
persahabatan yang lebih
dari sekadar berkawan.
menjunjung suatu makna
perkenalan yang lebih
dari sekadar mengetahui nama.
menjunjung suatu erti
pertemuan yang lebih
dari sekadar berselisih.
menjunjung
ukhuwwah
mahabbah
liqa' penyudah
insan bertemu Ilah!
Bukit Gambir, Muar,
2007.
3 ulasan:
posted
gua kagum dengan lu sebenarnye hehe i admit it..-kembara1990
penyajak telah menggunakan teknik penggantian dalam puisi ini. Kata 'menjunjung' dikekalkan pada setiap rangkap bersesuaian dengan judul puisi 'Menjunjung'. Frasa 'maksud' ,'makna' , dan 'erti' digunakan untuk memberi kesan yang berlainan pada setiap rangkap.
Catat Ulasan