Waktu Salat

Sabtu, 17 Januari 2009

Duhai Bonda

Album : Wahyu Pertama
Munshid : NowSeeHeart

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

1 ulasan:

suara saudara berkata...

Terima kasih atas ulasan jujur saudara lebaijawi, adalah kebiasaan kita memerhati ruang yang dekat dengan kita, iaitu tempat kita dibesarkan.Saya amat rapat dengan bandar kerana dilahirkan di sana, dan menyentuh sisi gelap adalah sebagai kritikan sosial terhadap masyarakat kota yang tidak peka dan buta tentang kepincangan yang terjadi.Wallahualam.