tag:blogger.com,1999:blog-69436910099916028942024-02-19T12:44:39.882+08:00Peri Dan Puisi Penyair JawiSegala pujian itu layak cuma kepada Allah, yang menurunkan kepada hamba-Nya (baginda Nabi sallallahu 'alayhi wasallam) al-Kitab (al-Qur'an), dan tak pernah Ia jadikan padanya sebarang kebengkokan (hal yang menyimpang). (18: 1)Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.comBlogger26125tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-85325187084004876852011-04-26T01:45:00.005+08:002011-04-26T13:52:29.377+08:00Munajat
Album: Munajat
Munshid: Asri & NadaMurni
Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardiyah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku
Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan syurga idaman
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-10958291172588273192011-04-22T15:53:00.004+08:002011-04-22T16:05:32.806+08:00Lapan Penyakit Hati
Suatu hari, tatkala mengulangkaji demi peperiksaan yang menjelang pada waktu itu, aku turut mendengar radio IKIM.fm (Institut Kefahaman Islam Malaysia). Tika itu, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam `Abd Allah ibn al-Mubarak radiyallahu `anhu dalam kitab al-Zuhd (kezuhudan) telah menjadi item perbahasan. Hadith ini sangat mengesankan aku, biarpun mungkin sahaja tidak sampai aku menangis ataupun pengsan disebabkan oleh beratnya isu yang dibincangkan melalui hadith ini, tetapi hatijawi yang sentiasa dilanda kerisauan ini bertambah pula risaunya, takut-takut hadith ini bisa menjadi hujah ke atas aku. Aku bermohon kepada Allah agar kita dilindungi daripada tergolong dalam kelompok yang dimaksudkan dalam hadith ini.
Sempat juga aku mencoret isipenting hadith ini berkenaan lapan penyakit hati yang mesti kita hindari buat mengelakkan amal kita ditolak oleh Allah. Mudah-mudahan dengan hidayah dan petunjuk daripada al-Hadi kita boleh melakukan amal salih yang paling baik, kerana Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran buat sesiapa yang terbaik pekerjaannya. Selepas beberapa ketika, aku menemukan sebuah blog yang memaparkan kesuluruhan hadith ini. Aku menganjurkan para sahabat pembaca buat melihat blog tersebut yang bermanfaat sekali pada pendapatku. Maka aku suratkan di sini mafhum hadith tersebut yang aku salin dan sunting sedikit.
Imam `Abd Allah ibn al-Mubarak radiyallahu `anhu telah meriwayatkan di dalam kitab al-Zuhd (kezuhudan) dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (Khalid ibn Ma`dan) yang pernah berkata kepada Mu`adh ibn Jabal, "Wahai Mu`adh, ceritakanlah kepadaku sebuah hadith yang pernah engkau dengar daripada Rasul Allah sallallahu `alayhi wasallam." Berkata rawi hadis tersebut (Khalid ibn Ma`dan) lalu Mu`adh menangis sehingga aku sangka ia tak dapat berhenti namun akhirnya Mu`adh berhenti daripada tangisnya seraya berkata, “Aku mendengar Rasul Allah sallallahu `alayhi wasallam pernah bersabda kepadaku, ‘Wahai Mu`adh! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadith: kalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberikan manfaat buatmu di sisi Allah tetapi andai engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari qiyamah nanti.
Wahai Mu`adh! Sesungguhnya Allah subhanaHu wa ta`ala telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Kemudian ditentukanNya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya mentari, hingga apabila malaikat Hafazah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama, mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak. Maka berkata malaikat penjaga langit pertama itu kepada malaikat Hafazah:
"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melintasi aku untuk terus naik ke atas."
Kemudian datang pula malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:
"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia mahu dengan amalannya itu buat mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku demi terus naik ke atas. Selain itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran."
Kemudian naik pula malaikat Hafazah membawa amal seorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat Hafazah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga. Maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:
"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takabbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur (membesarkan diri) dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai."
Kemudian naik pula malaikat Hafazah membawa amal seorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit pintu yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:
"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat `ujub (takjub/kagum/bangga dengan kehebatan/kebaikan diri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang `ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan `ujub terhadap dirinya."
Kemudian naik pula malaikat Hafazah membawa amal seorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:
"Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkuknya. Akulah malaikat hasad. Ia sangat hasad dengki kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia menghasut orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang dengki ini melintasi aku."
Kemudian naik pula malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:
"Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tiada belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmah. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang seumpama ini melintasi aku."
Kemudian naiklah pula malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000 orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:
"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat sum`ah (memperdengarkan amalannya pada manusia). Aku akan menghalang amalan orang yang riya’ (memperlihatkan amalannya pada manusia) daripada sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fuqaha’ dan supaya disebut di kalangan para `ulama’ dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riya’ itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riya’ dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riya’."
Kemudian naik pula malaikat Hafazah dengan amalan seorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:
"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui”.
“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagiKu apa sahaja yang terlindung. PengetahuanKu atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuanKu atas apa yang bakal terjadi. PengetahuanKu atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKu ini menipu Aku dengan amalnya ini? Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalan tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu. Oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu."
Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami sekelian bagi mereka." Dan semua yang di langit turut berkata, “Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat”.
Sayyidina Mu`adh radiyallahu `anhu (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, “Ya Rasul Allah, bagaimana aku boleh selamat daripada apa yang diceritakan ini?” Sabda Rasul Allah sallallahu `alayhi wasallam, "Hai Mu`adh, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan”. Mu`adh bertanya kembali, “Ya, tuan ini Rasul Allah sedangkan saya ini hanya si Mu`adh ibn Jabal (hamba Allah bukan Rasul), bagaimana saya bisa selamat dan lepas daripada bahaya tersebut?”
Bersabda Rasul Allah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riya’ dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan (pecah belah) peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing api neraka jahanam.” Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia”.
Mu`adh berkata, “Ya Rasul Allah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?” Jawab Rasul Allah sallallahu `alayhi wasallam, “Mu`adh, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah subhanaHu wa ta`ala. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”
Kepada sesiapa yang usai membaca hadith di atas yang panjang sekali bagiku, dapatlah dihayati lapan penyakit batin itu yang mesti kita jauhi yakni:
1. Mengumpat
2. Beramal kerana untung dunia
3. Takabbur
4. `Ujub
5. Hasad dengki
6. Senang apabila orang lain derita
7. Riya’
8. Tidak ikhlas dalam amal
Aku bukanlah orang yang lebih baik daripada kalian, tetapi aku mahu hal yang sedemikian ini buat menjadi pedoman, buat diriku dan diri kalian. Dalam setiap perbuatan yang kita lakukan itu, ingatlah bahawa kita ini cuma hamba Pencipta. Aku sebagai manusia sering sahaja terlupa dan lalai, bimbang sekali andai dalam kerjaku itu, ada pula perasaan yang terperi itu dalam amalanku. Lantas timbul pula sesal, kerana aku ini tidak tahu apa-apa dan tak bisa membuahkan atau menerima apapun, melainkan setelah diperkenankan oleh Dia Yang Asa. Al-Hadi, Dialah yang memberikan petunjuk kepadaku dan kalian, dalam mencari reda-Nya itu. Wallahu a`lamu bil-sawab. Subhanallahi wabihamdiHi nashhadu an la ilaha illa Huwa nastaghfiruHu wanatubu ilayh.
Bukit Gambir, Ledang, Johor.
18 Jumada al-Ula 1432H.
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-51022086150495537972011-04-14T11:32:00.001+08:002011-04-14T11:35:50.443+08:00Bila Diri Disayangi
Album: Panas Berpanjangan
Artis: U.K’s
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermantera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut nama-Mu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah di darat di air
Siapapun hamba, keikhlasan doa
Keagungan Kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru kuucap nama-Mu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau Yang Pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah Cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang-Mu
Ku berserah diri
Lagu: Saari Amri
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-4780407232619531152011-04-13T13:03:00.002+08:002011-04-22T16:04:07.550+08:00Selepas Dialog Bersama Seorang Sahabat Gemilang
Beberapa hari lalu aku disapa oleh seorang saudara Gemilang, yang sama meniti hidup tatkala mencari erti di madrasah yang karib di hati, beberapa tahun lepas. Teringat pula aku akan kenang-kenangan sewaktu dulu, di sekolah itu, ada yang manis dan ada pula yang pahit, namun semua jejak yang aku tinggalkan itu rasanya mematangkan aku. Ia menyatakan keadaannya, mengharungi perjalanan, di sepanjang laluan itu tak kurang banyaknya ranjau yang bisa menghambat langkahnya demi ImpiSejati. Aku berharap dalam segala ikhtiar kita teguh menyusuri jalanlurus itu kita dipimpin oleh Dia yang Memberikan Pimpinan, Memberikan Petunjuk.
Ibrahim Hilman yang menyapa.
Ujarnya kepadaku, kita ini (sebagai wakil Tuhan) punyai tanggungjawab untuk menyampaikan beritagembira kepada semua insan. Aku mengakui tugas ini dan aku juga akur bahawa marhalah kekhalifan ini sukar sekali, seperti kata saudaraku seorang lagi (juga sama Gemilang), “segalanya pahit-pahit, deritanya bukan sedikit.” Aku kembali menulis, kerana ingin ini cukup kuat sejak belakangan ini, dan apabila menginsafi kata-kata saudaraku yang terperi itu sedikit sebanyak menguatkan lagi dorongan untuk aku berbicara semula. Sekurangnya melalui blog yang tak seberapa ini, cubaan aku untuk menyampaikan perasaanku itu, apabila dikehendaki Pencipta dapat menghampiri kalau tidak menggapai tujuan itu.
Thaqif Ielia yang berkata.
Apabila aku meluahkan khabar diri kepadanya, akan gelora yang membadai hatidalam ini, ia pula memberikan satu ayatTuhan, mafhumnya “mereka yang beriman, dan tenteram kalbu mereka dengan mengingati Allah. Sungguh cuma dengan ingatan pada Allah jadi tenteram kalbu.”(Surah al-Ra’d: 28). Ayat ini turut mengembalikan memori aku akan seorang lagi saudara Gemilang yang juga seorang Jawa (memang perasaan aku terhadap sahabat-sahabat Gemilang ini kuat sekali rasanya) yang pernah berpesan dengan dalil ayat yang satu ini.
Wak Nazri yang berpesan.
Meneliti ayat tercerita dalam mushaf terjemahan bahasa Inggeris Mujamma’ al-Maliki Fahdin liTiba’ah al-Mushaf al-Sharif (King Fahd Complex For The Printing Of The Holy Qur’an), diselitkan satu notakaki pada akhir ayat ini, yang aku kira dapat dijadikan pedoman, tentang hikmah Dhikr Allah (Ingatan pada Allah). Disusun tiga terjemahan hadith (dan aku menulis di sini akan mafhumnya dalam bahasa Melayu):
Inilah rupa kulit depan mushaf tersebut.
1. Abu Musa radiyallahu ‘anhu meriwayatkan: Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda, “Perumpamaan sorang yang mengingati (bertasbih memuji) Rabbnya, apabila dibandingkan dengan seorang yang tidak mengingati (bertasbih memuji) Rabbnya, ibarat suatu makhluk yang hidup dibandingkan dengan satu yang mati.” (Sahih al-Bukhariy Jilid 8,Hadith 416).
2. Abu Hurayrah radiyalahu ‘anhu meriwayatkan: Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda, “Barangsiapa berkata, Subhan Allahi wa bihamdiHi*, seratus kali sehari, terampun semua dosanya meski banyaknya menyamai buih di laut.” (Sahih al-Bukhariy, Jilid 8, Hadith 414).
*سبحان الله وبحمده
3. Abu Hurayrah radiyallahu ‘anhu: Rasul Allah salahu ‘alayhi wasallam bersabda, “Barangsiapa berkata: La ilaha illallahu wahdaHu la sharika laHu, laHul-mulku walaHul-hamdu waHuwa ‘ala kulli shay’in Qadir*, seratus kali akan menerima ganjaran serupa memerdekakan sepuluh orang hamba, dan seratus hasanah termaktub dalam kiraan (amalannya), seratus dosa ditolak dari kiraan (amalannya), dan (perkataannya) itu akan menjadi perisai buatnya daripada syaitan pada hari itu hingga malam, dan tiada yang bisa berbuat amal yang lebih baik kecuali sesiapa yang berbuat lebih daripadanya.” (Sahih al-Bukhariy, Jilid 8, Hadith 412).
*لاَ إِلَهَ إِلَّاَ ٱللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ ٱلْمُلْكُ وَ لَهُ ٱلْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئ ٍ قَدِيرٌ
Aku berwasiat kepada diri dan kalian yang membaca rencana ini, mudah-mudahan kita dapat beramal dengan sebaiknya, demi CintaUtama. Segala yang baik, dan puji-pujian itu cuma layak untuk Allah, Rabb al-‘alamin, padahal semua yang buruk itu dizahirkan melalui kekurangan dan kelemahan jawi seorang ini. Moga-moga, natijah yang baik-baik sahaja yang timbul kesan tulisanku ini, dan apapun yang mengesankan itu datangnya daripada kehendak Pencipta. Wallahu a’lamu bil-sawab. Subhanallahi wabihamdiHi nashhadu an la ilaha illa Huwa nastaghfiruHu wanatubu ilayH. =)
Gombak,
9 Jumada al-Ula 1432H.
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-3836062702424908962011-04-13T11:25:00.001+08:002011-04-13T12:38:05.188+08:00Jawi Seorang Ini Kembali Berperi
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani. Lama sudah waktu berlalu sejak kali terakhir aku tampil mengisi, dalam blog yang satu ini. Aku kembali berbicara, kerana aku rasa perasaan banyak yang terpendam dari jiwadalam ini patut saja diluahkan sedikit, kalau tidak semua. Ada kata yang tidak menjadi kata, ada pula yang dari awalnya lebih baik tersimpan tak dibicara. Di sini aku ingin meneruskan cubaanku, membantu diriku sendiri dan insan lain melalui tinta, kerana aku percaya tulisan, jika dibandingkan dengan ucapan, ada kesan yang lain terhadap hati pembaca. Aku berdoa akibat yang timbul itu baik-baik sahaja, meskipun aku tahu kadangkala kerana kelemahan dan kekurangan aku sebagai seorang manusia, hadir juga sesuatu yang semahu-mahuku tidak berlaku. Puji-pujian kepada Allah, Penjaga sekelian alam. Selawat dan salam kepada baginda Nabi, sallallahu ‘alayhi wasallam. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong diri ini. Pulangnya aku ke jalan Peri dan Puisi ini aku kira dedikasi kepada rakanpenulis, Zai dan Habib. =)
Habib (kiri) dan Zai (kanan). Foto diambil daripada catatan Habib.
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-75516461507269758462010-06-25T17:42:00.000+08:002010-06-25T17:54:51.675+08:00Puisi Yang Kurakam Suatu Ketika DahuluKeluhanku
cebisan kenangan menyapa
aku tersadar dari mimpi dusta
terbabas pada suatu masa yang menjarakkan
karibku dengan Tuhan. kadangkala geli hati ini
memikirkan dangkalnya benak, namun acapkali
kealpaan ini semahu-mahunya ditangisi.
kapankah aku akan kembali semula
ke pangkalan, setelah hanyut
dialun ombak nista?
Seremban & Bukit Gambir,
2007-2010.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-55975205066256998782009-02-12T16:22:00.001+08:002010-06-25T17:55:35.223+08:00Puisi Pendek Yang Hadir Begitu SajaHadir
‘Mata’,
‘Telinga’,
dan Faham
yang Hadir, Qarib.
Hadir Teman.
mata,
telinga,
dan faham
yang alpa, leka.
hadir insan.
mata,
telinga,
dan faham
yang taqwa, peka.
hadir ihsan.
Seksyen 17, Petaling Jaya,
Rajab 1429H.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-57459057818314490702009-02-12T15:49:00.000+08:002009-02-12T16:14:02.396+08:00Peri Masa Dari Satu SisinyaRasanya aku bukan orang yang layak untuk berbicara mengenai masa kerana akupun pantas saja menjadi insan yang dikenakan hujah masa. Hujah ini menyimpulkan bahawa manusia itu dalam keadaan yang rugi kecuali beberapa golongan yang terkecuali. Walau bagaimanapun aku tidak berhasrat untuk berperi tentang masa dan kepentingannya tetapi sebaliknya berkenaan satu sisi lain masa yang bisa aku timbulkan perinya.
Adapun masa sering saja berlalu tanpa ada kesedaran yang total dalam diri kita mengenai soal masa itu melainkan apabila ada sesuatu yang signifikan berlaku dalam tempoh itu. Namun, sering saja signifikasinya dihayati cuma selepas ia berlalu dan tak bisa diulang kembali. Misalnya, apabila tua telah menjelang, pengalaman yang membuatkan kita lebih berfikir dan berhitung tentang erti dan tujuan perilaku dalam kehidupan menimbulkan pula sesal disebabkan masamuda yang terbuang begitu saja.
Sebagai seorang hamba, penghayatan aku terhadap apa yang sedang berlaku itu minimal, apatah lagi pemahaman tentang kemungkinan sesuatu yang akan berlaku. Aku cuma tergolong dalam golongan insan ketiga (meskipun hanya kadangkala) yang menghitung hari-hari yang berlalu. Dalam timbunan ingatan tentang waktu yang lalu, mungkin saja timbul suatu ilham untuk menerka peri masa yang paling berharga.
Kalau diikutkan hati insan, pengalaman yang manis itulah yang sering tampil menerpa di lubukrasa. Kadangkala hasil cetusan fikiran ini adalah puisi-puisi kenangan ketika zaman muda, dunia yang penuh dengan kenangan dan peraduan, kerana kita tak begitu mengerti dan menghayati. Di samping itu, ingin saja aku buang hapuskan ingatan keadaan yang tersisa tentang suatu derita yang melarakan jiwa atau melukakan rasa.
Ranjau dan onak yang ditempuh itu sebenarnya yang memaknakan hidup kita, menjadikan kita lebih mesra dan satu dengan alam, inilah pengalaman yang timbul untuk kita mengenal alam, sebati dengan alam, dan menjadi alam. Kejadian ini juga yang menumbuhkan kesedaran kerana waktu senang itu membuatkan kita lupa. Inipun suatu tanggapan mengenai masa, yakni suatu yang kita senangi tak semesti baik buat kita dan suatu yang kita hindari tak sepantasnya buruk.
Bukan sentiasa, kita sedar dan ingat akan Pencipta kita Yang Utama, lebih-lebih lagi dalam keadaan lupa, pada masa senggang dan senang. Kepahitan peristiwa yang terperi tadi yang mencetuskan semula deria berTuhan. Waktu inilah masa diri kita paling hampir dengan-Nya. Pada waktu inilah, Cinta saja yang menjadi Rindu kita. Waktu inilah juga, masa yang paling bermakna antara masabanyak yang serasa senang tetapi kurang erti atau kosong makna. Pada masa ini, hati kita cuma mengharapkan Yang Terakhir, cuma Asa. Tiada lagi pergantungan terhadap yang lain. Inilah masa yang sebenar, puncak kerinduan dan kecintaan kepada Nur Pertama.
Album : Wahyu Pertama
Munshid : NowSeeHeart
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-62242595876651696932009-01-17T07:46:00.000+08:002009-01-17T08:22:09.968+08:00PesimismeApabila berbicara mengenai peridiri, aku rasa bukanlah ada sesuatu yang luar biasa dengan keadaan diri ini, malahan kadangkala (ataupun selalu juga) aku sentiasa merasakan kekurangan sesuatu apabila aku membandingkan soal diri dengan soal insan yang lain, bahkan makhluk yang lain yang turut sama diam di atas tanah ini. Pada dasarnya, dan pada perasaan aku yang biasa (bahawa diri kurang betulnya) tingkah, karakter sebegini melambangkan unsur yang negatif. Sepatutnya seseorang insan yang ingin maju dan mempunyai motivasi yang membina sentiasa berfikiran positif dan meskipun diri belum pada tahap yang bisa dikatakan paling baik tetapi apa jua pekerjaan, bebanan akan sedaya dilaksana untuk menambahkan suatu pengalaman yang berharga.
Orang yang mempunyai pemikiran seperti aku mungkin saja pantas dikatakan seorang yang pengecut dan mahu melarikan diri daripada situasi yang menjengkelkan (dalam ertikata memerlukan daya fikir dan laku yang kritikal). Oleh sebab itu, aku masih mencuba, contohnya dalam isu perpuisian. Daripada awal lagi aku sudah melabelkan diri aku sendiri sebagai seorang penyair jawi yang masih mentah. Gambaran seperti ini mungkin, aku timbulkan kerana tidak mahu orang ramai membaca karyaku kerana tidak sanggup menerima kritikan. Walau bagaimanapun, aku masih lagi terus menulis puisi kerana puisi itu suatu yang indah lalu aku akan terus cuba menghasilkan sesuatu yang pantas dikatakan indah.
Tatkala berlalu di tepi jalan kadangkala berselisih dengan haiwan seperti kucing, dan aku pula seorang yang suka berfikir di dalam hati, berangan (pernah pula suatu ketika aku nyatakan hobi aku adalah berfikir, mungkin berangan sahaja pada hakikatnya) dan bermonolog dalam diri (inipun salah satu hal yang sering aku mainkan dalam kotak fikiran : aku akan menjadi dua karakter yang bertengkar sesama sendiri mengenai sesuatu dan biasanya aku akan bertengking dalam diri: lalu hasilnya pesimisme yang menebal dalam diri). "Kucing ini dalam setiap gerak nalurinya berlandaskan fitrah Ilahi, padahal aku selalu saja tergelincir daripada menurut fitrah insani, astaghfirullah."
Wallahu a'lam. Kadangkala aku rasa aku memang patut buruk sangka terhadap diri dan berbaik sangka pula terhadap orang lain. Optimisme terhadap sesiapa saja termasuk diri sendiri itu rasanya yang sebenar-benarnya. Disebabkan aku hina aku patut berlaku seperti orang mulia untuk membaikkan diri dan kerana itu baik-sangka yang patut ada. Aku menghasilkan tulisan ini dengan ragu-ragu kerana pesimisme lalu subhanalllahi wabihamdiHi nashhadu an la ilaha illa Huwa nastaghfiruHu wanatubu ilayh. (Buruk sangka sudah dalam nama buruk, baik sangka dari kata sudah baik).
(Mungkin perkataan ini sukar difahami, ataupun berat tetapi aku kurang pandai untuk berbicara mengenai sesuatu dengan mudah dan ringkas dalam blog ini)Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-61565232782637168522009-01-17T07:31:00.000+08:002010-06-25T17:54:51.678+08:00Daripada Sahabat-Kerana Sahabat-Untuk SahabatMenjunjung
menjunjung suatu maksud
persahabatan yang lebih
dari sekadar berkawan.
menjunjung suatu makna
perkenalan yang lebih
dari sekadar mengetahui nama.
menjunjung suatu erti
pertemuan yang lebih
dari sekadar berselisih.
menjunjung
ukhuwwah
mahabbah
liqa' penyudah
insan bertemu Ilah!
Bukit Gambir, Muar,
2007.
Tika gerimis
Rumah pusaka
Mengimbau nostalgia
Rasanya itulah tanggapan pertama dan pemahaman aku yang pertama tentang sajak. Kata-kata yang terbit dari hati yang terkenang sesuatu, layanan emosi dan sebagainya. Peredaran masa bersama pengalaman dan pembacaan yang taklah seberapa, sedikit sebanyak mengajarku untuk menjadi lebih berhati-hati. Aku bukanlah pencipta sesuatu karya yang cermat, tetapi aku gopoh dan mahu cepat, lalu seringkali puisi yang tercipta hanyalah bait-bait biasa, ringan dan jimat. Lalu hingga kinipun aku lebih suka menghasilkan sajak yang pendek.
Suatu masa aku pernah menjadi seorang yang gila bersajak (bukan menghasilkan sajak tapi dalam erti kata perasan bersajak), lalu setiap hari, dalam dua atau tiga sajak yang terhasil dan biasanya temanya tidaklah berbeza dan menarik. Di samping itu, aku juga memasukkan kata-kata yang pelik, kononnya bisa menjadi penarik. Dalam waktu yang sama, kelemahan yang amat nyata tampak ketara kerana aku cuba menyelitkan unsur-unsur keagamaan dalam hampir semua puisi-puisi tersebut, aku juga cuba menimbulkan suatu persoalan tentang isu yang besar dan berat. Tetapi untuk seorang amatur yang masih kurang alimnya dalam perpuisian ini, perkara-perkara ini belum cair dan hasilnya puisi yang kaku bertambah lagi kekakuannya.
Pada masa inipun aku masih juga seorang yang belum matang berpuisi namun adalah harapan aku untuk cuba membaiki diri. Kepada mereka yang cuba-cuba berpuisi, langkah berpuisi memerlukan kesabaran dan ketelitian. Akupun masih baru dalam dunia ini, masih banyak ilmu yang perlu ditimba. Pembacaan itu penting lagi-lagi sajak mereka yang sudah terbukti wibawanya dalam perpuisian, dan aku rasa mengkaji kelemahan sajak itu juga bisa meningkatkan kemahiran (aku rasa saudara Ielia setuju dengan pendapat ini). Wallahu a'lamu bis-sawab. SubahanaHullahumma wabihamdiHi nashhadu an la ilaha illa Huwa nastaghfiruHu wanatubu ilayh.
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-8925041933170319212008-12-27T23:43:00.000+08:002010-06-25T17:54:51.679+08:00Cubaan-Semula Melafazkan KataSemula
setelah beberapa purnama
mati semangat berbicara
saudara tampil menyapa
timbul ilham dari lubukrasa
dan semula, aku ke muka:
berperi, berpuisi bersahaja
harap dan anganan kita
inipun demi kurnia utama:
Kasih, Cinta Saksama.
Seksyen 14, Petaling Jaya,
30 Dhu al-Hijjah, 1429H.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-5845228121226913822008-12-27T23:04:00.000+08:002008-12-28T07:11:39.439+08:00Semula, MenulisSudah lama, semenjak kali yang terakhir aku meluahkan sedikit bicara rasa dalam blog ini. Ada juga saudara yang menyapa, mengapa aku tak lagi memenuhkan blog ini dengan artikel yang baru. Selama aku tidak menulis itu, aku rasa itu adalah period 'kematian' buat diri, kerana sudah hilang semangat dan nyawa buat membuahkan benih fikiran yang baru dan segar. Pula dalam masa tersebut aku menghabiskan masa dengan dunia lalu aku rasakan aku makin kurang wibawa untuk berbicara seperti seorang yang hidup, sedar dan celik.
Agak baru juga, puisi saudara Thaqif Ielia tersiar buat kali yang kedua dalam Dewan Siswa Disember, dengan tajuk yang sama cuma diberikan nafas yang lebih segar dan nampaknya saudara Faisal Tehrani memberikan komentar yang positif terhadap puisi tersebut. Timbul juga iri, kerana akupun mahukan karya sendiri tersiar dalam media, tetapi semangat dalam diri ini tidak lagi berapi seperti dahulu. Sekali aku membelek semula antologi Ziarah Tanah Kudup (Kemala) yang sudah agak lama tidak kuulang-baca. Rasa sebak dan syahdu menusuk, bagaikan mahu saja aku mengalirkan airmata. Hahaha, agaknya aku memang sentimental apabila mengenang sesuatu yang kudamba.
Mungkin bicara aku tidak seberapa kerana akupun khuatir untuk menimbulkan persoalan mengenai perkara yang akupun tidak berapa arif tentangnya. Cuma, aku pernah membaca, sewaktu awal masa aku berpuisi, kesederhanaan itu utama juga, kerana ia mudah, ringan dan selamat, tidak pula menimbulkan banyak kerunsingan buat orang berfikir-fikir tentang pedomannya. Suatu waktu aku pernah dikatakan meluahkan bicara yang sendat dengan isi dan persoalan. Aku cuba untuk berbicara dengan mudah tetapi aku rasa selalu sahaja aku tidak perasan kerana aku berkira untuk ringan berbicara: tak perlu berat memikirkan akibatnya. Ternyata sebenarnya hitungan aku itu silap kerana kata yang dikeluarkan begitu saja bisa saja melukakan hati seseorang insan yang terasa. Ini jualah yang menimbulkan rasa takut buatku untuk menulis dengan bersahaja.
Tulisan ini pada dasarnya cuma untuk aku bernafas semula, lalu bisa membicarakan perkara lain pada waktu mendatang. Mungkin gaya dan cara aku menulis tak seperti yang biasa seperti dahulunya tapi aku cuba meneruskan usaha. SubhanaHullahumma wabihamdiHi nashhadu an la Ilaha illa Huwa nastaghriruHu wanutubu ilayH.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-58590225404508360232008-09-05T16:02:00.000+08:002011-04-13T16:03:17.670+08:00Suatu Sajak Buat Sahabat GemilangAtas Nama dan Warna
penulis
yang memegang tinta
bakal menguntaikan kalam
bait-bait puisi
atas dasar cinta insani.
kita sama gemilang
menongkah arus duraduga dalam sedar
bersama-sama, memimpin bahu
semangat setia ikatan buhul
persahabatan.
rakan-rakanku
yang mendabik dada berwarna merah
esok profesional bangsa
jangan lupakan temanmu
penyair yang melukut
di tepi gantang bernama aura gemilang.
Seremban,
2007.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-14419275368721924192008-09-01T15:00:00.000+08:002008-09-01T15:03:46.249+08:00Tafsir Surat al-Kahfi (Pendahuluan)
Pendahuluan
بسمِ ٱلله الرَّحمٰنِ الرَّحيـمِ
Surat ini bernama al-Kahfi, yang berarti gua yang besar lagi luas sehingga dapat didiami orang atau tempat berteduh. Gua-gua semacam itu disebut juga ngalau. Ngalau semacam itu terdapat di Baso, Bukittinggi. Atau di kaki-kaki bukit dekat Ipoh, Malaysia. Biasa ngalau demikian diambil orang untuk tempat beribadat. Orang Cina mendirikan kelenteng. Adapun gua yang sempit kecil dalam bahasa Arab disebut Ghar. Yaitu sebagai gua di atas bukit Hira’ tempat Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama, atau gua tempat beliau bersembunyi bersama Abu Bakar di puncak gunung Tsur.
Diberi Surat ini nama al-Kahfi karena diambil dari kisah beberapa orang anak muda yang pergi bersembunyi ke dalam al-Kahfi itu dan dengan kudrat iradat Allah mereka tertidur di sana sampai 309 tahun lamanya.
Maka samalah pendapat ahli-ahli tafsir menyatakan bahwa Surat ini diturunkan di Makkah.
Adalah tiga kisah yang penting tersebut di dalam Surat ini. Pertama ceritera pemuda-pemuda yang masuk ke dalam gua al-Kahfi itu. Dalam ceritera ini kita mengambil beberapa kesan yang penting. Pertama kekerasan kemauan anak-anak muda itu mempertahankan keyakinan dan keimanan mereka yang bertentangan dengan kepercayaan pihak menguasa di negeri mereka di waktu itu. Mereka memegang kepercayaan TAUHID, bahwa penguasa alam itu Esa adanya. Dan mereka tidak mau akan menyembah kepada yang selain Allah, dan mereka mempercayai pula akan adanya hidup sesudah mati, yaitu kepercayaan kepada hari kiamat.
Teranglah bahwa kepercayaan yang mereka pegang itu sangat berlawanan dengan kepercayaan orang senegeri mereka, terutama raja yang berkuasa. Sebab itu, supaya mereka jangan dianiaya orang atau dipaksa merobah keyakinan, lebih baik menyisihkan diri ke tempat jauh. Maka sampailah mereka ke gua itu dan tertidur di sana.
Ceritera yang satu lagi ialah pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Khidhir. Nabi Musa diperintah Allah menambah pengalaman dan mencari guru yang lebih bijaksana dan jauh pandangnya. Sebab Musa sudah sampai kepada satu pendapat yang salah, yaitu bahwa dialah satu-satunya orang yang lebih pandai dalam masyarakat, sebab dia Nabi dan sebab dia Rasul. Maka diperintahkan Tuhanlah dia mencari guru dan bertemulah guru itu, yaitu Nabi Khidhir. Bertemulah tiga pengalaman. Dari ketiga pengalaman itu insaflah Musa bahwa memang banyak lagi hal yang belum diketahuinya dalam pengalaman hidup ini.
Ceritera yang ketiga ialah darihal Dzul-Qarnain. Tersebut bahwa Dzul-Qarnain itu mengembara ke bumi sebelah Barat (ayat 86), bertemu dengan suatu kaum dan dikuasanyailah kaum itu, dihukumnya mana yang salah dan diberinya ganjaran yang baik bagi yang berbuat baik. Kemudian dia pun mengembara ke bumi sebelah Timur (ayat 90), terus melalui jalan di antara dua buah gunung dan tersebutlah kemudiannya tentang bahaya Ya’juj dan Ma’juj dan untuk membendung bahaya itu penduduk memintanya dibuatkan dinding atau “linie” untuk membendung apabila Ya’juj dan Ma’juj itu datang menyerang dengan segala bencana yang dibawanya.
Bertemulah berbagai tafsir tentang ketiga kisah itu di dalam kitab-kitab tafsir yang besar-besar dan akan kita salinkan mana yang dapat diterima dan kita sisihkan dongeng-dongeng Israiliyat.
Adapun isi keseluruhan dari Surat al-Kahfi akan sama jualah halnya dengan surat-surat yang lain yang diturunkan di Makkah; yaitu memperdalam akidah Keesaan Allah dalam hati kita, memperteguh kepercayaan akan hari kiamat dan mengasah budi kita. Apatah lagi seketika dikemukakan suatu perumpamaan (dari ayat 32 sampai ayat 43) tentang dua orang yang mempunyai kebun masing-masing sebuah. Tanahnya subur, air sungainya tetap mengalir dan hasil kebun itu memuaskan hati. Tetapi yang seorang lupa kepada Tuhan tersebab kesuburan kebunnya, dan yang seorang lagi insaf bahwa kebunnya hanya harta pinjaman Allah sahaja. Yang insaf akan kekuasaan Allah itu bersikaplah dia dengan tenang dan tidak lupa mengabdikan kepada Tuhan, sedang yang seorang lagi kian lama kian lupa akan nikmat Ilahi. Tiba-tiba terjadilah hal yang tidak disangka-sangka samasekali; datang angin besar sehingga pohon anggur yang subur itu roboh kayu penjunjungkannya! Sedang kerugian menanam sudah sangat banyak. Habis kekayaan dan tidak ada yang akan menolong selain Allah. Barulah si sombong tadi insaf dan mengenangkan kembali nasihat dari saudaranya yang sama berkebun di dekat dia. Tetapi apalah hendak dikata, kehendak Allah telah berlaku.
(Hamka), P. D. (1985). Tafsir Al-Azhar (Cetakan Pertama Edisi Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura ed., Vol. Juzu' 15). Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-15346122245323173042008-08-29T09:28:00.000+08:002008-08-29T09:59:07.919+08:00Rencana Buat SaudaraMalam tadi, seorang saudara kembali menyapa aku dalam mesejnya. Katanya ia mahu akan puisiku yang bertemakan kemerdekaan. Aku tak begitu saja menuruti kehendak saudara ini kerana aku tidak menulis sebarang puisi merdeka pada waktu ini malah kalaupun aku ada menulis, tak selayaknya aku mengirimnya kerana sebagaimana telah aku jelaskan dalam tajuk blog ini aku ini masih mentah lagi. Sebaliknya aku berhasrat untuk mengirimkan puisi "Surat Wasiat" karya Kemala yang telah aku sertakan terdahulu dalam blog ini. Walau bagaimananpun tak lama kemudian ia kembali menyapa, kali ini dengan panggilan-tanpa-balas. Lantas aku menghubunginya kembali lalu ia menyatakan tujuan sebenarnya. Katanya ia mahu benar akan puisiku kerana ada sayembara puisi merdeka (maksudnya tak boleh aku mengirimkan puisi yang sudah terjamin hakcipta). Akupun menulis beberapa perkataan buat memenuhi permintan hati saudara yang satu ini.
Pada fikiranku, dalam masa beberapa minit aku cuma bisa menghasilkan suatu karya yang spontan. Karya begini (spontan) pula biasanya kurang mutunya kerana penuh dengan kelemahan dan tak melalui proses suntingan untuk memperbaik karya tersebut. Aku mengira karya yang terhasil itu, bukanlah puisi sebenarnya kerana ia cuma tulisan beberapa perkataan yang bukan saja tak indah malah sukar untuk menyenutuh jiwa insan. Takkanlah karya sebegini yang menjadi taruhan? Tentulah kalau tak kecundangpun, menang tak selayaknya. Setelah beberapa minit, karya ini rampung sudah dan aku tak mengubahnya lagi buat mencantikkan peri kerana sudah dasarnya karya itu sepintas lalu.
Malang sekali kerana tanpa aku sedari kredit habis di tengah pagi (maaf saudara kerana ternyata karya inipun nampaknya segan menyapamu). Walau apapun terjadi dalam sayembara puisi merdeka, aku harap saudara giat membaca dan menulis sajak kerana untuk menjadi penyair yang mapan, tak cukup jika cuma aktif dalam peraduan (itupun kalau benar saudara ada menyimpan impi menjadi penyair sejati). Dalam apa jua waktu dan keadaan aku mendoakan saudara teguh iman (sekali lagi maaf dipinta). Sampai bertemu di lain waktu. Was-salamu 'alaykum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahu a'lamu bis-sawab.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-38439911312366877632008-08-24T14:18:00.000+08:002008-08-31T17:37:18.035+08:00Puisi Pilihan Sempena MerdekaSurat Wasiat
I
Bangsaku, baju sejarah telah koyak
bulan sahsiah sudah terbelah
tengkolok dirobek tikus-tikus hutan
destar disalut lumpur likat pekat
keris panjang berkarat di muzium tua
Mak Sirandang tujuh kali papa
Jebat menggenggam Taming Sari
menikam-nikam bayangnya sendiri
Bendahari tujuh kali geruh
Melaka hilang hikmah, hilang paruh
baju sejarah telah koyak
bulan sahsiah terbelah sudah
roh kembali lagi, dari
perbenturan langit dan bumi.
II
Bangsaku, tatang Melayu, julang Malaysia
lahirkan seribu Ibnu Khaldun, al-Ghazali, al-Farabi
gelora-menggelora al-Muqaddimah, ombak-mengombak
Ihya' Ulum ul-Din, gelombang-menggelombang Madinatul Fadhilah
Kekasih melambai membelai, bertemu
Tasawwur ilmu dalam tauhid Satu. Camar tangkas, kuda putih mujahid
memukul penjajah. Di laboratorium Perdana
racun menjadi madu.
Ah, betapa pesona, betapa musibah sekalipun
benamkan dalam-dalam titik-bengek prasangka.
"Ular menyusur akar takkan hilang bisanya!"
Antara selisih dan selasih. Al-'Afwun dalam kilau Asma' ul-Husna.
Bangsaku, yang utama Kasih dan Cinta.
Lapangkan dadamu dengan hujah jujur
"Beda butir dan fikir mujur, hikmahnya berjalur.
Seni bestari alam rohani menghablur.
Ulama-hukama hargai dengan luhur.
Pewaris Nabi-nabi bak bintang di langit bertabur!"
Muhasabah al-Khattab muhasabah cemerlang
sedia diranggas kilau mata pedang
andai menyeleweng salah laku dan sumbang.
Pacu langkahmu ke makam Mahabbah, ya Salikin
demi cinta perkasa, hanya Dia yang 'Ariffin
pasrah dengan ikhtiar, gigih dalam sabar, sederhana muktabar
badai mencabar. Taufan menggegar.
menerjang bagai Singa Allah
baju Sejarah Melayu ditatah
benang emas zamrud baharu
di bawah lindung payung Islami. Gemerlap bersayap iman.
Kemilau dalam cahaya Ihsan.
Bangkitlah wahai seribu pentafsir. Bangunlah seribu pemikir
kalian kandil mengenal hak dan batil. Kebenaran tak mungkir
Tamadun alaf, awas liku pancaroba, waspada tipu cacamarba.
Hubaya, karang tajam di dasar laut. Hubaya. Taufan mencabar
ganas. Badai menggegar buas. Kapal nakhoda sombong
terhempas. Bangsaku, ubati neurosis bangsa saraf pesimisme
memformula Melayu berjiwa besar
mempertajam budi dan akal. Cekal dan tawakal
menyatu multisiber-tekno-tinggi. Wibawa, filsafat, rohani
hukum dan pedagogi. Takwa pakaian diri. Degup jantung
peribadi utuh, duniawi-ukhrawi, merenangi
cakerawala demi cakerawala
dimensi demi dimensi, membangun tamadun
insan madani. Jenjang-jenjang persatuan ummah
besar dalam wahdah
pijar dalam syahadah!
Kuala Lumpur,
Ogos 20
Kemala
Ziarah Tanah Kudup, 2006.
Dewan Bahasa dan Pustaka.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-10897789599339074092008-08-22T22:38:00.000+08:002008-08-24T15:11:37.552+08:00Membina KekuatanKetika aku makan malam selepas 'Isha' di kafe (maaf Izwan dan saudara-saudara, kerana aku tak dapat memenuhi pelawaanmu untuk makan bersama), pada waktu yang sama kafe tersebut pula menayangkan rancangan Gerak Khas saluran RTM2 (terfikir sejenak bila lagi RTM mahu meningkatkan kualiti penyiaran seperti stesen TV swasta yang terpaksa bertapak sendiri tanpa bantuan kerajaan). Isu yang digarap adalah isu mak nyah, ma sha' Allah. Terasa amat jengkel pula menatap kaum sejenisku tingkahnya begitu jelik sekali. Berdasarkan pengalamanku menuntut ilmu selama ini ada juga segolongan anak-anak Adam yang lembut namun tidaklah seteruk golongan yang dipaparkan di kaca TV itu. Cukuplah di situ sekadar berperi kerana bukan hal ini sebenarnya yang menjadi fokus bicaraku dan pula aku merasakan amat tidak selesa menulis tentangnya. Walau bagaimanapun, aku menyelitkan cerita ini bagi mencetuskan persoalan tentang lembik, ataupun aku lebih suka menyebut di sini da'if (lemah).
Sebelum peristiwa di kafe itu, pada hari Khamis seperti amnya aku mengikuti kelas Fizik. Pensyarahku menimbulkan persoalan mengenai umat Islam seperti biasa dan menyoal kepada sekalian pelajarnya termasuk aku, adakah lemah ummah islam pada hari ini berbanding pihak Barat lalu rata-rata termasuk aku mengaku. Beliau mengkritik jawapan itu dan mengatakan kalau itulah jawapan kami maka kami membenarkan apa yang disebut-sebut oleh Barat, sepatutnya seseorang muslim mesti menidakkan hal ini dan merasakan 'izzah terhadap golongan kafir. Tetapi atas dasar keda'ifan iman, kurangnya ma'rifah dan ilmu mudah saja ia berasa rendah. Islamlah yang meninggikan martabat lalu apabila Islam itu tidak ditegakkan sesempurnanya maka jatuhlah martabat seseorang itu.
Sejujurnya malam itu saja aku lalai sudah akan persoalan ini yang menuntut perubahan dalam diri. Namun, hal ini berubah apabila aku hadir dalam latihan Asad al-Atlas (harfiahnya bermaksud singa Atlas, sebuah gunung di Magribi), suatu pertubuhan seni beladiri yang bisa dikatakan campuran seni-seni pertahanan diri sedia ada namun dalam acuan tersendiri. Pengasasnya yang juga tenaga pengajar Master Elidrissi Aboujaafar Sidi Mohamed Elmontassir menyampaikan sedikit pedoman yang patut direnung sepenuhnya (sesi latihan belum lagi dimulakan, ini baru pertemuan pertama). Beliau bercerita ummah islam hari ini sepatutnya menjadi yang pertama dalam segalanya. Beliau mengambil contoh dalam temasya Olimpik, pingat-pingat dibolot oleh golongan bukan Islam manakala negara islam cuma meraih sedikit daripada itu. Turut dijadikan mithal Malaysia tetapi dalam hati aku bermonolog, "Itupun seorang bukan muslim yang merangkulnya.
Beliau bercerita, Nabi s.a.w. dalam sabdanya menyuruh kita agar mendidik anak-anak memanah, menunggang kuda dan berenang (ketiga-tiga hal ini aku tak bisa melakukannya). Beliau berkata al-Qur'an dan hadith Nabi, setiap satunya mesti dijadikan panduan sehingga hari qiamah dan tiada langsung tarikh luput sebelum itu. Beliau meluahkan rasa kesal melihat muslimin tampak jahil dalam ilmu pengetahuan. Selain itu beliau berkata, ketika jam 6 pagi, wanita-wanita tua Cina bersenam (tai chi) dalam pada muslimin melayan kantuk di ranjang. Para sahabat kurang makan tetapi sering berlatih menggunakan senjata, bersenam. Sebaliknya kita terlebih makan dan kurang melakukan senaman. Dalam bulan Ramadan mereka tetap berperang, jadi tiada alasan buat membatalkan latihan ketika bulan puasa yang mendatang(selepas 'Id al-Fitri in sha' Allah ada latihan 10 km dalam 25 minit dan tentulah aku takkan sepantas itu, mungkin berjam-jam baru tamat dan ada juga timbul rasa yang aku mungkin takkan rampung berlari, wallahu a'lam). Hal lain yang turut dibicarakan adalah supaya para ahli saling mengenali agar lebih lancar urusan dalam persatuan.
Ringkasnya dalam keadaan ummah sekarang yang lemah kita perlu tampil membina kekuatan, la hawla wala quwwata illa billah. Semoga Allah memberikan kita semua kekuatan, rahmah dan keampunan. Wallahu a'lamu bis-sawab.
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-81544917644521469952008-08-21T14:04:00.001+08:002008-08-21T14:27:36.259+08:00Hari Al-Quds Sedunia, 21 OgosHari ini, yakni 21 Ogos kita mengenang kembali tragedi yang berlaku di samping peristiwa Nakbah pada Mei 1948 iaitu peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa oleh Michael Rohan, seorang fundamentalis Kristian Australia pada tarikh sama (21 Ogos 1969). Pada waktu itu, rejim Zionis telah memutuskan bekalan air dan menghalang briged bomba daripada tampil untuk memadam kebakaran. Ternyata sekali, mereka ini mahukan kerosakan maksimum pada masjid suci umat islam yang ketiga ini.Lewat peristiwa ini, Pertubuhan Persidangan Islam [Organisation of Islamic Conference (OIC)] ditubuhkan dan dianggotai oleh negara-negara Islam kecuali pihak seperti Turki yang bukan saja tidak turut serta malah mengukuhkan hubungan diplomatik dengan Zionis. Mungkin saja kita mengaku bahawa OIC seperti tidak memberikan impak terhadap isu ini tetapi sebagai menyedari ada juga sedikit kesedaran untuk bersatu di kalangan umat Islam menunjukkan ada harapan.
Tarikh ini jua merupakan Hari Al-Quds Sedunia maka sepatutnya pada hari ini, dan juga pada hari-hari lain kita sentiasa memikirkan keadaan saudara-saudara kita yang terdera di Palestin. Malang sekali bagi kita yang lemah buat hanya mampu sedar, lihat dan terpaku tanpa berbuat apa-apa. Lagipun, bukanlah suatu tindakan yang bijak malah buru rasanya dalam keadaan masyarakat kita sendiri terumbang-ambing. Sebelum membantu harus kita sedari persiapan harus dilakukan sama ada dari segi rohani, mental, fizikal dan sebagainya.
Dalam pada kita menikmati keamanan yang dikecapi, masa harus diisi buat memperkembang, memperbaik diri. In sha' Allah kita dapat mengambil iktibar dengan melakukan sesuatu. Tidak cukup kita merintih syahdu akan peristiwa dan situasi di Palestin. Malunya kita kepada mereka, pada Tuhan yang menyaksikan. Subhanallahi wabihamdiHi subhanallahil-'Azim. Wallahu a'lam.
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-48648650682499272008-08-20T22:36:00.000+08:002008-08-21T14:34:44.991+08:00Merdeka? In Sha' Allah...Suatu waktu saudaraku Ielia menyapa melalui mesej ringkasnya. Ringkasnya, takkanlah cuma lirik nashid yang menjadi modalku buat mengisi ruang dalam blog ini. Sebenarnya aku ada bahan lain utuk dikongsikan bersama namun bukan tiap masa aku mempunyai waktu yang cukup buat menaip blog ini. Bicara seperti ini bagiku tiadalah menjadi hal sangat kerana mudah dan ringkas, di samping bahan yang mahu aku nukilkan bukanlah barang saja-saja tetapi soal yang lebih berat sehingga aku berfikir panjang sama ada mahu atau tidak menukilkannya kerana hakikatnya aku akan dipertanggungjawabkan kelak tetapi aku sedar aku tidak boleh menjadi pengecut tetapi mesti berani menegakkan kebenaran meskipun aku ini cuma insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan.
Hari ini jua aku menerima mesej daripada saudara yang sudah lama tidak kutemukan air mukanya yakni juniorku semasa berada di sekolah menengah dahulu. Hal ini turut membuatkan aku terkenang akan nostalgia ketika bersama rakan-rakan menempuh suka dan duka hidup di asrama. Bagaimanalah agaknya bicara mereka saudara-saudaraku, guru-guruku di SDAR. Namun aku berdoa mereka sentiasa dilimpahkan rahmat dari Kasih Pertama, dan Kasih mengampunkan dosa mereka. As-salamu 'alayhim, warahmatullahi wabarakatuh.
Di sini aku jua ingin berkongsi serba sedikit pengalaman aku menuntut ilmu di Petaling Jaya ini. Pensyarahku yang mengajarkan Fizik antara personaliti yang menceriakan pembelajaran di sini. Bukan setakat berbicara soal pelajaran, tetapi beliau sering menyisipkan cerita mengenai isu semasa sama ada yang berlaku dalam kampus, luar kampus mahupun antarabangsa dan beliau sentiasa menggarap persoalan mengenai realiti Muslimin kini yang jauh ketinggalan. Dalam gelak tawa menyedari peri Melayu dan Malaysia yang dalam satu segi tampak melucukan, sebenarnya beliau mencabar pelajarnya supaya tampil berbeza dan meninggalkan budaya yang negatif.
Baru-baru ini aku dan saudara-saudari seperjuangan belajar mengenai Hukum Kepler yang diterajui oleh Johannes Kepler (1571-1630). Beliau menceritakan perbezaan pendapat antara saintis waktu itu dan pihak gereja. Kepler berpendapat bahawa bumi itu bukanlah pusat alam semesta manakala pihak gereja menjadikan prinsip ini sebagai pegangan. Secara ringkas pensyarah menceritakan pemikiran yang kontradiksi ini telah melahirkan golongan sekular yang terdiri daripada golongan ahli sains dan akibatnya sains didakwa oleh mereka sebagai bidang di luar agama dan sebaliknya. Aku anggap hal ini bukan sahaja suatu yang amat malang malah merupakan malapetaka yang amat merugikan golongan agama.
Biarpun kini kita mengatakan kemerdekaan negara telah dikecap sejak setengah kurun yang lalu. Walau bagaimanapun, ideologi sekularisme ini seakan telah ditanamkan dalam diri kita sejak zaman penjajahan dan masih lagi menjajah pemikiran kita. Terutamanya dalam soal ilmu sains, agama seakan terpisah dan dianggap merupakan hal yang tiada hubungan. Pensyarah menyatakan lagi, sayang apabila seorang muslim tidak dapat menjadikan sains sebagai salah satu cara buat dia mendekatkan diri dengan Cinta Utama.
Sempena bulan kemerdekaan ini, eloklah, dan bukan sekadar elok malah merupakan sauatu kemestian bagi kita semua buat mengikis habis fahaman seperti ini. Aku bukan berlagak seperti insan yang telah bebas tetapi pesanan ini merupakan suatu motivasi buat kalian dan aku juga in sha' Allah. Wallahu a'lamu bis-sawab.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-21969229115475236972008-08-14T22:57:00.000+08:002008-08-21T14:36:00.002+08:00Ritma KehidupanAlbum : Damai
Munshid : Hijjaz
Huluran salam berhias senyuman
Pertemuan mengeratkan perhubungan
Saling bermesra kukuhkan ikatan
Persaudaraan di dalam keredhaanNya
Irama nan syahdu kita dendangkan
Berkias ungkapan penuh makna
Menyatukan kita dalam ritma
Santun kata beralas budi bicara
Di dalam lagu kita dipertemukan
Di dalam restuNya kita bergandingan tangan
Meneruskan cita-cita kehidupan
Dalam suasana kedamaian
Berjauh berpisah berjarak menyusuri fitrah
Merindu menanti mengharap mendamba dalam gundah
Air yang mengalir dicincang tiada kan putusnya
Biduk lalu kiambang bertaut semula
Berpesan-pesan sesama saudara
Meneruskan seruan Rasul junjungan
Saling berdoa memohon rahmatNya
Bertemu tak jemu berpisah tidak gelisah
Lagu: Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik: Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Mohar
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-29331680599103870292008-08-08T17:56:00.000+08:002008-08-25T10:33:47.041+08:00Ulasan Puisi (Dewan Siswa Februari 2007)
KESEDERHANAAN DALAM PUISI
(oleh FAISAL TEHRANI)
SECARA mudah bagaimanakah kita dapat mengucapkan sebuah puisi yang indah? Untuk menjawab soalan di atas penulis teringat kata-kata watak seorang guru Sastera kepada pelajar-pelajarnya dalam filem Dead Poets Society, ‘Puisi boleh menyentuh apa-apa sahaja, hal-hal sederhana namun yang menjadikannya berbeza daripada kata-kata harian ialah dengan tidak menjadikannya sesuatu yang lazim’.
Ada dua hal yang akan menjadikan sesuatu yang sederhana itu tidak lagi lazim iaitu melalui pemilihan kata-kata dan juga pemilihan sudut pandangan yang berbeza. Kepintaran pengarang dalam menghubungkan dua entiti berbeza dengan satu subjek adalah salah satu elemennya.
Puisi Rumah Pusaka tulisan Abdullah Faisal bin Maulana menunjukkan sesuatu yang sederhana boleh menjadi sesuatu yang indah. Puisi pendek tersebut dapat merakamkan semuanya tentang perasaan pengarang pada zaman kanak-kanak terhadap nostalgia rumah pusaka. Permainan kanak-kanak boleh sahaja menjadi sesuatu yang tidak bermakna tetapi apabila dihubungkan dengan memori rumah pusaka, ia memberikan satu kesan emosi yang mendalam. Lihat bait-bait di bawah ini:
Disiangi
Lubang tikus, baling tin, polis sentri,
Main sembunyi-sembunyi;
Dimalami
Kelas mengaji, kartun TV,
Mimpi Power Rangers.
Hal ini turut terkesan pada puisi lain iaitu Memoir Sebuah Perpisahan karya Mohd Azree bin Mohd Ariffin. Perpisahan dengan guru yang berjasa sering sahaja menjadi ungkapan penyataan puisi penulis remaja. Bahkan ia sudah menjadi satu hal yang lumrah dan biasa, tetapi seperti kata penulis di awal, pemilihan kata-kata boleh sahaja memberikan warna kepada subjek sederhana tersebut. Lihat sahaja kecekapan penyair muda ini berbahasa:
Dengan pena tergenggam erat di tanganmu
Kau tunjukkan jalan yang lurus
Terangi sudut-sudut berkabus
Bimbinglah kami dengan kitab dan kamus
Biar beronak daratan diredahi
Biar berombak lautan direnangi
Kesederhanaan lain terpancar pada puisi Sayed Mahazan bin Sayed Daud dengan judul Pada Nyanyian Burung. Keindahan siulan burung dihubungkan dengan bahasa keindahan Tuhan, dan dihubungkan pula dengan kedamaian dan kebebasan seperti rintihan pengharapan Nabi Yusuf dalam penjara. Yakni sehingga penjara menjadi satu sekolah pengajaran yang bermakna.
Aku tidak kesal
Aku akan terus menyanyi
Dengan lagu keindahan bahasa Tuhan
Semerdu suara Yusof
Pada maksud kebebasan
Dan kedamaian jiwa
Kesan estetik sesuatu puisi boleh sahaja ditemui pada diksi yang sederhana, tanpa perlu berbunga dan meleret. Pengarang baharu sering ghairah untuk bermain dengan kalimat yang besar, dan kadang kala kesasar. Penyair muda juga selalu menyangkakan lebih banyak manipulasi bahasa seperti yang terdengar dalam lirik-lirik lagu di radio maka lebih indah jadinya. Hal ini belum tentu benar kerana selain pemilihan kata yang beritma, getar emosi selalu diruntun oleh hal-hal sederhana dengan pemilihan kata yang juga sederhana tetapi diberi sudut pandangan yang berbeza.
Kegagalan dalam memberikan memberikan makna kepada pilihan kata-kata, dan juga memberikan sudut pandangan yang baharu terhadap sesuatu boleh mengakibatkan puisi menjadi hanya satu tempelan kata-kata slogan yang kosong dan bersemangat sahaja. Hal ini menyebabkan puisi-puisi nukilan Mazlan Salian dengan tajuk Naluri Hipokrit, atau puisi Dadah Membawa Padah karya Nor Zaireen, juga puisi Pahlawan Kemerdekaan hasil kerja Fadla Junus dan akhir sekali sajak Zakaria bin Saad dengan Batas Sempadan menjadi kaku, keras, yang di dalamnya terdapat lontaran kata-kata biasa yang tidak dapat menangkap nurani.
Perhatikan biasanya rangkap-rangkap biasa ini:
Batas-batas kemanusiaan itu
Peliharakanlah dengan suci
Agar tidak ternoda
Pada kelemahan diri
Pada tajamnya tutur bicara
Atau seperti yang terserlah pada sajak Nurul Hasanah berjudul Keinsafan:
Diri hanya insan biasa,
Noda dan dosa makanan nurani,
Daun usia di pohon hayat kian menguning,
Ku terjaga dari empuk tilam khayali,
Tempat yang kusinggah bukannya singgahsana keredaanMu.
Walau bagaimanapun hal ini tidak harus menjadikan adik-adik lemah semangat kerana penyair tidak terbina dengan satu puisi malahan proses kepengarangan adalah proses yang panjang.
Tehrani, F. (2007). Kesederhanaan Dalam Puisi. (Z. Abu Samah, Ed.) Dewan Siswa Februari 2007 , 29 (2), 30.
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-21543041682901822042008-08-08T17:43:00.000+08:002010-06-25T17:54:51.682+08:00Puisi Pertama TersiarRumah Pusaka
Tika gerimis
Rumah Pusaka
Mengimbau nostalgia
Zaman naifnya akal
Cuma suka merajai
Dunia sendiri
Disiangi
Lubang tikus, baling tin, polis sentri,
Main sembunyi-sembunyi;
Dimalami
Kartun TV, kelas mengaji,
Mimpi Power Rangers
Kenangan manis
Penyambung nyawa
Rumah Pusaka
Sungai Gadut, Seremban,
2006.
Lebai Jawi
Dewan Siswa, Februari 2007.
Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6943691009991602894.post-9140912476426726722008-08-01T23:10:00.000+08:002010-06-25T17:54:51.683+08:00AjalPabila sampai
Roh menggapai
Hakiki.
Petaling Jaya,
Rajab 1429H.Wak Dolhttp://www.blogger.com/profile/07980290106372388058noreply@blogger.com2